
|
Hello! ![]() Age : 21 y/o D.O.B : Jan 95 Address : Kedah Message Thanks to ![]() Re-edited by : The Diva Image by : We♥It Best view : Google Chrome
|
Siapa tak pernah ada masalah dalam dunia ni?
Siapa dalam
dunia ni yang tak pernah diberi dugaan oleh Allah? ada kah? Siapa yang tak
pernah ditimpa musibah? Semua mesti pernah kan. Cuma yang menjadi perbezaannya
tu antara dugaannya sikit atau banyak saja. Tapi,Allah takkan bagi ujian yang
kita tak mampu nak hadapinya. Dan,semua yang berlaku pasti ada hikmahnya awak.
In Shaa Allah.Okay itu baru pendahuluan. J
Assalamualaikum
semua. Entry kali ni baiti rasa nak share sikit lah dengan awak semua sebab
mungkin ramai yang tak tahu lagi. Kalau yang dah tahu tu baguslah.
Begini,sepanjang perjalanan hidup saya selama 19 tahun ni,dah banyak kali saya
lihat dan dengar ramai manusia merungut dengan ujian yang diberi oleh Allah.
saya pun merupakan antara manusia yang merungut tu pada suatu masa dahulunya. Untuk
pengetahuan saudara/saudari sekalian,bila kita diberi ujian,dugaan oleh Allah
janganlah kita pergi cakap macam ni pula, “ish! Badluck betullah aku harini!”
atau “ hmm. Malanganya aku ni” ataupun “aku ni memang siallah!” haa. Takmau
takmau. Jangan cakap macam tu dah ye lepas ni. Bila awak rasa haritu semua
benda yang awak buat tak betul ja,jangan rasa awak tu bawa badluck,tapi
fikirlah,Allah mungkin bagi ujian macam tu sebab Allah nak tengok kita ingat
Allah ke tak. Cuba renung-renungkan ke dalam diri awak tu dan Tanya, ‘kenapa
Allah beri ujian begini kat aku?’ . kemungkinan kita sudah jauh terpesong dari
Allah dan mula lupakan Allah sebab itulah datangnya dugaan dugaan pada kita.
“Elleh,kau cakap senang lah kau tak rasa apa
yang aku rasa” ya,mungkin saya tak pernah rasa masalah yang awak hadapi tu tapi
sekurang-kurangnya saya pernah diberi ujian dari Allah S.W.T dan Alhamdulillah
sejak diberi ujian tu saya terus terbuka hati untuk terus berubah ke arah
kebaikan dan cuba tinggalkan kemaksiatan dan semua yang tak baik. Dari memakai
pakaian yang mendedahkan aurat,saya cuba menukar kepada memakai pakaian yang
lebih longgar,labuh dan tak jarang. Mungkin belum cukup sempurna cara pemakaian
saya ini tapi apa-apapun,hanya Allah
yang dapat menilai pemakaian saya. Saya masih mahu mendalami ilmu agama Allah
S.W.T dari aspek akidah,akhlak,ibadah dan sebagainya. Semoga Allah membuka
pintu hati kita semua untuk terus menuju ke arah kebaikan dan istiqomah. Mungkin ini hidayah yang Allah beri pada saya
sehingga saya terus ada niat ingin berubah dan berusaha berbuat kebaikan untuk
masuk ke syurga Allah S.W.T. dan seboleh-bolehnya cuba elakkan dari berbuat
dosa tak kira dosa kecil mahupun dosa besar atau dosa tersembunyi sekalipun
agar kita terhindar dari azab api neraka. In Shaa Allah usaha dan tawakal.
So,pengajaran
disini yang saya ingin beritahu ialah,seandainya kita rasa terlalu banyak
masalah yang menimpa kita,anggap lah itu semua ujian Allah S.W.T kepada kita.
Mungkin itu isyarat Allah nak bagitahu supaya kita banyakkan luangkan masa
dengan Allah contohnya baca Al-Quran, berzikir . Solat 5 waktu sudah pasti
benda penting yang kita perlu laksanakan. Kalau kita terlalu sedih atau stress
bila ada masalah,banyakkan bercerita pada Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T maha
mendengar dan maha melihat awak. Luahkan semua pada Allah , menangis lah
sepuas-puasnya pada Allah dan In Shaa Allah awak akan rasa lebih tenang lepas
tu. Saya cakap berdasarkan pengalaman sebab ini pun nasihat dari sahabat saya
sendiri. Dia yang suruh saya banyak bercerita pada Allah bila kita bersedih
atau stress. Alhamdulillah saya rasa tenang sangat lepas tu dan saya dapat
jalani hari-hari saya macam biasa. Baiklah,sampai di sini saja ya. Segala yang
baik semua datang dari Allah S.W.T dan yang burukjuga dari Allah tapi itu semua disandarkan pada diri saya sendiri. wallahualam. Sekian,assalamualaikum.
NOTE : jangan rasa diri awak tu saja yang ada masalah,orang lain pun sama jugak cuma antara kita boleh handle atau tak saja. |