
|
Hello! ![]() Age : 21 y/o D.O.B : Jan 95 Address : Kedah Message Thanks to ![]() Re-edited by : The Diva Image by : We♥It Best view : Google Chrome
|
Kenapa dulu awak tak tegur saya?
Allahu,takut saya bila fikir pasal orang orang terdekat
saya,family, saudara-mara,kawan-kawan.. tengok saja pada gambar kartun di atas
tu,menggigil satu badan. Baiti nak sangat tegur tapi diri baiti sendiri pun tak
betul lagi takkan nak tegur orang lain pulak. Nanti kena tempelak balik pulak.
Baiti hanya mampu berdoa ja supaya semua terbuka hati nak berubah kea rah
kebaikan dan terus istiqomah. In Shaa Allah. Baiti dulu pun seorang yg ‘jahat’,tahu
ilmu agama tapi tak amalkan. Ibarat mencurah air ke daun keladi, berbuih mulut
ustaz,ustazah bagi ceramah,nasihat.. langsung satu pun tak
diamalkan.Astaghfirullahalazim. Malu
bila ingat balik semua tu. Malu pada Allah,malu pada diri sendiri dan malu pada
orang sekeliling.
Sebenarnya,sesiapa sahaja boleh saling menasihati. Tak kira la orang tu
banyak buat dosa atau tidak. Tak ada syarat pun untuk bagi nasihat ni. Dan
untuk orang yang menerima nasihat tu,tolonglah terima sahaja nasihat orang
tu,dengar kan saja. Tak perlu nak melenting marah-marah pulak. Kalau dah ego
awak tu tinggi sangat,diamkan saja masa dinasihat,atau ditegur tu. Kemudian
sebelum tidur renung-renungkanlah semula apa yg ditegur tadi. Tengok balik
amalan diri kita ni. Pandang sekeliling,jangan fikir semua orang sukakan kita
tau. Sebaik manapun kita,akan ada orang yg tak sukakan kita. Nabi Muhammad
S.A.W pun ada juga yg tak sukakannya kerana sifat hasad dengki org kafir. *Maaf
kalau salah cakap.tolong betulkan saya kalau saya salah*
Ada sesetengah
orang tu memang susah nak terima nasihat orang. Saya manusia biasa juga. Kadang
kadang saya tak boleh juga terima teguran orang,tapi saya cuba diamkan dan mula
fikirkan balik apa yg ditegur ni. Memang susah nak puaskan hati manusia ni,tapi
selagi kita mampu puaskan hati mereka ,apa salahnya. Melainkan kalau benda tak
elok kan? Yg mana benda baik,kita jadikan contoh. Yang tak baik kita jauhi..
for those yg rasa diri tu susah nak makan nasihat,balik tengok diri kita depan
cermin,Tanya diri sendiri,dah cukup baikkah aku ni? Semua orang suka aku ka?
Syok sendiri kah aku ni? Allahh.. terkadang,rasa nak menangis bila fikir semua
tu. Boleh jadi kawan sendiri mengata belakang kita. Siapa tahu kan? Dalam dunia
ni tak ada yg mustahil. Wallahualam.. segala yg baik datang dari allah dan yang buruk juga dari Allah tapi disandarkan pada dari diri ini. wallahualam. Astaghfirullahalazim. Wassalam.. J
|