
|
Hello! ![]() Age : 21 y/o D.O.B : Jan 95 Address : Kedah Message Thanks to ![]() Re-edited by : The Diva Image by : We♥It Best view : Google Chrome
|
Badan sihat, Hati pun senang.
Assalamualaikum rakan-rakan. J baiklah,this time,saya rasa nak share tips kesihatan sikit lah. Ini boleh dikatakan Tips Diet jugak la. Alhamdulillah,setakat ni saya amalkan secara konsisten dan berat badan saya pun maintain saja. Tapi apa-apa pun Allah yang tentukan,kita hanya mampu ikhtiar dan usaha saja dengan niat kerana Allah S.W.T. In Shaa Allah. Berikut adalah antara tips-tips yang saya amalkan :
1.Sehari sekali makan nasi kecuali hari Sabtu dan Ahad saya makan dua kali., tengah hari dan petang. 2.Sekali makan satu pinggan tu jangan letak sampai melimpah-limpah ye nasi dengan lauk tu. Tak jadi dietlah kalau gitu. J 5.Masa minum air pula,lebih baik tak payah guna straw sebab bila kita minum air guna straw,kita akan sedut air dalam kuantiti yang banyak dan ini akan menyebabkan perut kembung juga. Tapi kalau minum air kotak tu boleh je la guna straw. Biasakan diri bila minum tu slow-slow la ya. Jangan minum serupa macam orang tak pernah minum air ja. 6.Kalau boleh lepas jam 8 malam,jangan makan makanan berat contohnya nasi,mee ,koey teow atau burger pun tak boleh ya. Itu semua calorie banyak. Sebelah malam kita bagi la perut kita rehat pula ya. 7.Sangat digalakkan untuk awak semua breakfast pada waktu pagi ya. Ini adalah supaya otak awak akan berfungsi dengan baik semasa proses P&P. (untuk pelajar) dan juga dapat beri kita tenaga pada waktu pagi. 8. Haa,yang ni penting saya rasa. Better kurangkan makan ayam tak kiralah ayam goreng ka ayam sambal ka sebab zaman sekarang ni kebanyakan ayam disuntik supaya ayam tu jadi besar. Kalau kita selalu makan ayam lama-lama kita pun jadi Nampak macam ayam. (saya cakap berdasarkan pengalaman ya). Kalau rasa susah nak berhenti makan ayam,cuba set dalam jadual contohnya macam saya,saya akan makan ayam sekali atau 2 kali sahaja dalam seminggu tu. Kalau tak makan langsung lagi bagus. Banyakkan makan ikan sebab banyak protein dalam ikan. 9.yang ni rasanya biasa la kan,banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan makanan yang berminyak ya. Banyak lemak taw. Tak elok untuk kesihatan.
Okay,rasanya itu saja kot. Kalau ada lagi saya bagitahu ya. Benda baik elok dikongsi. Yang tak baik dijauhi. Wallahualam. Sekian,Assalamualaikum.
NOTE : makan apabila lapar berhenti sebelum kenyang. |