
|
Hello! ![]() Age : 21 y/o D.O.B : Jan 95 Address : Kedah Message Thanks to ![]() Re-edited by : The Diva Image by : We♥It Best view : Google Chrome
|
perjalanan sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Melaka
Assalamualaikumm.. hai! ^_^
Baiti baru balik dari class je ni. Harini
baiti nak buat entry tentang jadual dan cara belajar di Kolej Matrikulasi
Melaka ni.. class akan ada dari hari isnin sehingga jumaat. Dari jam 8pg-4ptg
(kecuali hari Jumaat 8pg-12tghhari) dalam sehari tu bagi pelajar jurusan
perakaunan akan ada class tutorial dan kuliah. Bagi pelajar jurusan sains pulak
akan ada class tutorial,kuliah dan makmal.
Untuk pelajar
perakaunan bagi sesi 2013/2014, semester satu diorang ada subjek pengurusan
perniagaan,ekonomi,perakaunan,matematik akaun dan subjek tambahan iaitu
pendidikan islam,bahasa inggeris dan kemahiran dinamika.. bila masuk ke
peringkat universiti ni..pelajar kena banyak buat pembentangan di depan class/kuliah…
nak buat pembentangan ni pun bergantung pada pensyarah la. Ada yang minta buat
secara individu and ada juga yang minta buat secara berkumpulan. Yang mana
selalu takut-takut bila buat pembentangan tu mesti akan jadi gelabah bila buat
pembentangan. Ada sesetengah pensyarah yang tak bagi langsung students guna
bahasa kampong atau bahasa rojak.. kena guna bahasa formal jaa.
Kalau class bi
pulak students akan diminta untuk bercakap dalam bahasa inggeris sahaja.. ada
jugak lecturer yang akan denda students tu kalau dia TERcakap dalam bahasa
melayu. Haha. Nasiblaaa…. >.< dalam sehari tu students jurusan perakaunan
akan ada masa rehat,lain class lain masa rehat.. ada jugak yang sama. Ada yang
rehat selama sejam,dua jam.. tiga jam pun ada dalam sehari tu.. tapi bukan
everyday lahh.. kalau class batal lagi laa students perakaunan ni suka sbb lagi
bertambah lama la masa rehat diorang. Dalam sebulan tu students matrik ada Quiz
dan Test dimana kedua-duanya dikira sekali masa PSPM nanti. Kehadiran ke class
dan kuliah pun dikira jugak.
Okay,untuk
students jurusan sains pulak.. diorang ada 3 modul. Modul 1 ada subjek
fizik,kimia dan biologi. Utk modul 2 ada subjek fizik,kimia dan sains komputer.
Modul 3 pulak ada subjek kimia,bio dan sains komputer. Selepas seminggu
orientasi ,pelajar jurusan sains akan diberi peluang utk menukar modul yg
mereka yakin boleh bawa. Tapi semuanya bergantung pada result SPM dulu ni laa.
Kalau dari students sains nak ke akaun pun boleh. Tapi students akaun nak ke
sains tak boleh kecuali dgn beberapa syarat.. kalau students sains ni pulak
diorang punya masa rehat tak banyak macam students akaun. Kebanyakan lecturer
sains suka buat extra class kat bebudak ni haa.
Utk students sains
sesi 2013/2014 ni diorang ada Kokurikulum sebagai subjek tambahan. Yang itu
bagi modul 1 dan 3. Bagi modul 2 diorang sama dengan students akaun. Yg ni
semua masa semester satu sahaja. Bila masuk semester 2 nanti bertukar pulak..
yg ambik dinamika,agama akan tukar ke kokurikulum.. yg kokurikulum tu tukar
pulak ke agama dan dinamika. Jadi,dua2 boleh merasa. J belajar di matrik Melaka ni
jugak setiap kelas dipanggil praktikum.. dan kuliah terbahagi kepada beberapa
kumpulan kerana bilangan pelajar yang ramai. Yang ni semua baiti cerita pasal
students utk Program Satu Tahun batch baiti ni. Okay,stop dulu sampai sini.
Untuk students Program Dua Tahun pula baiti akan cerita lain kali ye. ^_^ assalamualaikum. Babaii!!
|