Hello!

Owner: Nur Baiti Abu Mutalib
Age : 21 y/o
D.O.B : Jan 95
Address : Kedah



Message




Thanks to

Template by : Caraphernelia
Re-edited by : The Diva
Image by : We♥It
Best view : Google Chrome



Bola Tampar

Assalamualaikum dan hi semuaaaa!

sebenarnya.......
     baiti rindu sangat nak main bola tampar. sukan kegemaran baiti. suka sangat sangat. teringat masa zaman sekolah dulu. sampai masuk matrik pun still main bola tampar lagi. seronok taw main bola tampar ni. serius best. tapi ada sesetengah orang yang tak suka main bola tampar ni. sakit tangan kata mereka. awal-awal memang lah sebab tak biasa lagi. lama lama tu okay je. tapi sebenarnya ada teknik juga masa main bola tu baru la tak sakit tangan. hehe. baiti dulu masa mula berjinak-jinak dengan permainan ni masa tingkatan 4 di SMK Jitra. masa tu kawan ajak main-main gitu ja lepastu bila rasa seronok mula lah jadi wakil sekolah. alhamdulillah,SMK Jitra jadi naib johan masa lawan daerah. 

ni lah pemain-pemain masa baiti tingkatan 4

        tak lama lepas perlawanan daerah bola tampar tu,baiti pindah sekolah. baiti pindah ke SMK Changlun. bila baiti cakap dekat member-member,classmates kata nak pindah pergi sekolah tu,ramai ja yang tanya 'kenapa nak pergi situ?' 'dah takda sekolah lain yang elok sikit ka?' 'eh,tu sekolah yang teruk tu kan?' haa. cenggitu haa . punyalah diorang caring dengan baiti kononnya. haha. baiti saja pindah sekolah dan sengaja pilih SMK Changlun kerana baiti nak tengok sendiri keadaan sekolah tu dan perangai pelajar-pelajar di situ. alhamdulillah,rupa-rupanya sekolah tu tak seperti yang diperkatakan oleh mereka. =) pelajar-pelajar dekat sekolah tu pun peramah. baiti senang berkawan dengan mereka. bagus! baiti pergi daftar masuk sekolah tu sendiri ja. parents tak datang hantar pun hari pertama sekolah tu. masa tunggu di pejabat tu baiti dibawa oleh guru kelas baiti ke dewan kerana masa tu ada perhimpunan. baiti pun dihantar ke sekumpulan pelajar yang juga merupakan classmates baiti. elok ja nak duduk tu berduyun-duyun budak datang tanya nama , dari mana ,kelas mana and so on lah. hahaha. kelakar bila ingat balik. sepatutnya diorang fokus dekat apa yang cikgu tengah cakap kat depan tu. tapi baiti jadi tumpuan. 

      next year pulak,baiti diperkenalkan oleh sekumpulan pelajar yang merupakan atlet bola tampar SMK Changlun. so,dari situ baiti mula involve dalam game tu. seterusnya wakil sekolah lagi. alhamdulillah jugak SMK Changlun menjadi naib johan dalam perlawanan itu. banyak gambar yang diambil hari perlawanan itu. so,lets pictures talk.





        Dan tahun ni baiti masuk matrik melaka dan main bola tampar lagi. haha. wakil matrik gituu. puih puih! bajet ja. teringin nak main lagi.. harap-harap masuk sem dua nanti baiti dapat main bola tampar lagi. >.<


Nota Kaki : mak selalu bising bila baiti main bola tampar sebab nanti kulit baiti mula la jadi gelap. takpa mak,anak mak tetap cantik. hehe



OLDER POST | NEWER POST